Jumaat, 16 Oktober 2009

GAJI... OH ... GAJI....

Gaji adalah bermaksud upah yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepada pekerjanya seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Gaji mungkin dibayar segera iaitu selepas kerja dilakukan. Pembayaran gaji seperti ini biasanya untuk buruh kontrak ataupun buruh kasar. Kebanyakkan gaji yang dibayar oleh pihak kerajaan mahupun swasta adalah sebulan sekali. Begitulah pengertian gaji mengikut pemahaman aku.

Di sini aku ada cerita tentang pemasalahan gaji. Di tempat kawan aku bekerja, Majikannya telah gagal untuk membayar gaji kepada pekerjanya pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu sebelum 8 haribulan pada setiap bulan. Dengar cerita syarikat itu ada masalah kewangan yang teruk, hutang menimbung-menimbung. kesian..... kawan aku tu. Aku harap kawan aku tu dapat bersabar dan mampu menghadapinya dengan tenang. Hidup mesti di teruskan, perjuangan belum selesai, biarpun pahit, kelat ataupun payau namun ianya tetap kena telan jua. Rancang perbelanjaan iaitu berjimat-cermat dan belanja pada yang perlu dan mengikut keutamaan. Aku respeklah dengan kawan aku tu, kerana dia masih lagi setia... setia dan sedia untuk bekerja. Aku jua kesian dengan kawan aku tu... setiap hari dia kena bambu @ bebel dengan isteri dia, mujurlah tidak berlaku perang dunia sebab dia buat pekak aje apabila kena bebel, yang pentingnya dapat duit untuk terus bekerja sementara mendapat gaji. Disebabkan gajinya dibayar lambat, pembayaran  kereta, hutang bank terpaksalah ditangguhkan sennggalah dapat gaji. Orang bank dah telefon dia, tanya pasal pembayaran. Kesian...kawan aku tu.. dah naik pening kepala dia. Fikirannya bercelaru, memikirkan bila nak gaji? macamana nak bayar hutang...? tapi nasib baiklah kawan aku tak pinjam duit dengan ceti @ along... kalau tak....

BERsambung....

Jumaat, 9 Oktober 2009

Beruang oh beruang

Aku ada seorang rakan karib di tempat aku bekerja yang di gelar dengan pangilan beruang. Nama beruang begitu popular sehingga menenggelamkan nama asalnya. Jika ada orang yang bertanyakan nama asalnya di tempat aku bekerja, pasti ada yang tidak mengenalinyal, tetapi sebut saja nama beruang semua orang kenal. Walaupun dipanggil beruang, tetapi perangainya bukanlah ganas seperti beruang...... Orangnya baik, peramah, suka menolong orang serta menghormati rakan-rakan dan orang tua, cuma tidurnya saja, bunyi dengkurnya macam beruang.

Malang tidak berbau.... beruang difitnah orang, lalu beruang disingkirkan dengan cara yang tidak berhemah. Beruang terpaksa mencari kerjaya di tempat lain. Alhamdulillah... rezekinya murah, dengar cerita dia telah mendapat kerja yang baru dengan pendapatan yang lebih lumayan. Semoga beruang terus berjaya dan berbahagia disamping keluarga yang tersayang. Amin.

Akupun dah lama tak jumpa dengan beruang.